Wednesday, April 13, 2011

Aku penat... penat !!!!!!!!!!!

Aku agak stress... Aku tak tau nape benda² camni kerap berlaku kat diri aku, mungkin di sebabkan oleh kesalahan² yang aku buat dulu? Aku buntu, aku dah jadi blur sangat, aku tak tahu apa yang harus aku lakukan lagi, aku dah penat, tersangat penat, aku dah tak sanggup nak lalui hari² getir ini lagi.. Ya Allah, aku dah buntu sangat², ampunkan dosa²ku ya Allah, tolong maafkan segala kesalahan aku... Aku pon tak ada idea kenapa aku tiba² jadi nak taip benda ni... Mungkin dengan cara ni aku dapat melepaskan sedikit ke-tensionan aku... Aku dah tak boleh nak simpan² lagi akibatnya aku yang sakit...

Aku dah terlalu penat untuk bercinta, boleh dikatakan untuk segala²nya aku dah hampir nak putus harapan, kadang² aku rasa nak buang jauh² je rasa sayang aku kat seseorang dalam hati aku ni... Sangat mengganggu... Aku dah cuba wat benda yang boleh hilang bosan kat hati aku ni, aku dah banyak kali cuba, tapi bila saat rindu kat hati tu datang secara tiba², aku hanya mampu terdiam, termenung mengenangkan saat² indah, suka dan duka yang ditempuh bersama... Aku dah cuba nak fikir yang baik², ibarat nak jadi macam "positive thinker" la, tapi kalau kita sedang berada dalam kesunyian, automatik kita akan jadi "negative thinker". Semuanya boleh berubah jika telah ditakdirkan begitu. Tapi kita juga harus ingat, kita boleh merubah takdir itu sekiranya kita berdoa, memohon doa kepada Allah SWT, insyaAllah akan dimakbulkan.

Sampai sekarang aku tak tahu macam mana nak buang rasa sakit yang membelenggu hati aku ni. Mungkin tak lama lagi hati aku akan menjadi keras ibarat batu seperti sedia kala.. Aku dah cuba lembutkan hati aku untuk terima segalanya, tapi kenapa ada saja yang nak buat hati aku jadi batu semula? Benda ni juga sebenarnya telah mengajar aku menjadi orang yang sabar, aku kuat, aku tabah hadapi semuanya.. Cuma perasaan yang sedang melanda, aku tak nak, aku cuba nak buang jauh², aku dah tak nak apa² lagi.. Cukuplah.. Cukuplah buat aku jadi macam ni... Sebab aku tahu, aku dulu seorang yang tersangat ceria, kaki senyum, aktif dan sebagainya... Sekarang aku agak dah jadi blur, otak aku kadang² dah agak susah nak fikir, secara rasionalnya aku dah agak penat nak berfikir..

Aku terlalu banyak berfikir, aku sendiri takut kalau nanti aku tergolong dalam golongan "remaja yang mengalami tekanan perasaan yang terlampau".. Sebab ni semua datang dari hati beb, boleh merosakkan hidup aku kalau aku terus berfikir macam ni.. Aku jadi tak ada semangat nak buat apa².. Hina sangat ke aku ni... Aku rindu nak jadi diri aku yang dulu... Bahagia sangat kehidupan aku... Kembalikanlah kebahagiaan diriku... I don't know what way anymore, I really have no idea.... I don't want to think much, I'm really sick of it all.. I've got nothing to say, I'm just way TOO tired..

Wednesday, February 9, 2011

Memoirs...



Slipper putih, nampak? Tu slipper kesayangan aku. Tinggi kan? Sebab aku tak cukup tinggi. Hehe.

Slipper tu dah putus, masa tu aku nak pergi kerja, nak turun tangga lah ni, jalan punye jalan, tak betul agaknya aku jalan, Opss! Terpelecok! Hahaha! Putus terus!!


Aku sedih tengok keadaan slipper aku tu, terpaksalah aku pakai slipper2 yang bukan favourite aku, hadoiy~







DVD Samurai X. Reflection. Ending cerita Samurai X / Rurouni Kenshin.

Aku suka tengok anime ni. Sampai menangis aku tengok, mendalami betul kan? ~.~" Aku cari dah tak jumpa la dvd tu dah hilang. Mana aku letak aku pun tak tahu! Agaknya ada yang berkenan kat dvd tu kot?


Nak pinjam tu boleh, tapi silalah pulangkan balik ye? Berbulan2 dah aku tak dapat tengok. Miss a lot.






Tipe-X? Kenapa boleh ada Tipe-X kat sini? Kaset ni, kira favourite album aku la.

Aku bagi pinjam kat member aku, patutlah dia liat sangat nak pulangkan balik kat aku. Nak tahu kenapa? Sebab tape tu dah putus ko tau!!


Hah, bengong, pulang kat aku macam tu je. Dah la tak ganti, Sakit Hati !!







Jam terbaik yang aku pernah ada. 80's Punk!! Abg Apo aku yang belikan jam ni. Thanx!

Jam ni dah rosak. Masa sekolah dulu, aku jalan on the way nak ke perhimpunan, tiba-tiba.. pap! Tercabut jam aku! Jatuh siot!!! Puas aku pergi kedai jam tukar bateri semua tapi tetap tak jalan.


Tak apa lah jam, jodoh aku dengan kau tak lama. Sayang mu, jam!





Haa.. Ni kerja aku! Pergi stadium tgk bola. JOHOR FC!!

Random: Ramai yang tak suka jersey Johor FC yang baru, termasuklah aku, colour biru / merah ala2 jersey Johor FA version Barcelona, faham tak?


Jersey oren / hitam the best !! Lebah tak ada colour biru la.
Enjut lebah enjut !